Sime Darby: GLC Kita Hancur

Aku tak tahu nak mula dari mana bila bercakap pasal GLC kita yang satu ni. Yela bayangkan hampir keseluruhan industri di Malaysia ni bernaung di bawah nama Sime Darby mana la kita semua tak risau kalau apa-apa jadi pada Sime Darby.

Terbaru yang kita dengar tentang hampir RM 1 billion hilang itu bukannya nilai yang kecik!! Nilai banyak tu yang diumumkan , entah-entah lebih lagi dari tu.

Menurut laporan daripada bernama,kerugian ini berpunca daripada kelewatan dan kos berlebihan dalam beberapa projek yang memberi kesan negatif signifikan sebanyak RM964 juta dari projek di Qatar dan projek empangan hidro elektrik Bakun.

Di samping itu, OSK Research Sdn Bhd berkata punca bagi masalah Sime Darby adalah kerana syarikat itu adalah terlalu BESAR dan terlalu dipelbagai untuk diurus dan dikawal dengan betul.

Jadi, jika perkara seperti ini berlanjuta maka Sime Darby perlu dipecahkan mengikut unit-unit yang lebih strategik supaya ianya lebih mudah diuruskan.

Dulu siapa yang beria-ia sangat nak kan penyatuan di bawah Sime Darby ni?? tengok sekarang apa dah jadi.

Najib lebih baik kau jawab dan selesaikan masalah ni secepat mungkin!! atau kau yang memang terlibat secara langsung dalam pengambilan nilan RM1billion ni??

Ha kalau anda semua nak tahu, penggabungan ni tercetusnya pada zama residen UMNO yang ke-6 dahulu yang sekarang ni jadi mantan aje. Sebab dia lah Sime Darby ni kerugian sebanyak ni.

Tapi kita tidak boleh salahkan 100% pada dia, tengok juga cara pengurusan ekonomi yang Najib bawak. Secara tak langsung ada kena mengena dengan kerugian yang dialami Sime Darby ni. Well!! Najib baik kau jawab!!

0 comments:

Post a Comment