Judi Bola: UMNO Tiada Agama!!

KUALA LUMPUR, 22 Mei: Umno tidak boleh menyalahkan rakyat jika mereka dilihat sebuah parti tiada agama kerana kerajaan pimpinan mereka meluluskan lesen judi disaat semua agama di negara ini membantah tindakan tersebut.

Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan berkata, tanggapan itu tidak mustahil akan wujud dalam pemikiran rakyat ekoran tindakan kerajaan Umno BN melulusakan lesen judi sempena bolasepak Piala Dunia kepada kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan.

"Agama apa sebenarnya dianut oleh Umno dan Barisan Nasional?

"Apabila semua agama menafikan dan tidak membenarakan judi, tiba-tiba kerajaan Umno Baraisan nasional melulusakan lesen judi.

"Tidak keterlaluan jika ada orang kata lepas pada ini, Umno tidak ada ugama, sebab semua agama tidak bersetuju dengan judi ini," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut tengahari tadi.

Turut serta pada sidang media itu, Timbalan Ketua Pemuda, Azman Shapawi dan Setiausaha, Kamaruzzaman Mohamad.

Sikap membisu tokoh-tokoh agama Umno, menteri agama dan mufti juga katanya bakal mengukuhkan lagi tanggapan tersebut.

"Paling sedih bagi kita, kemana perginya tokoh agama dalam Umno dan Bariosan Nasional, menteri agamanya di mana, ulamak-ulamak mereka di mana, mufti-mufti kenapa tidak bersuara? soalnya lagi.

Dalam pada itu, Pemuda PAS katanya tidak menolak kemungkinan pemberian lesen judi kepada kumpulan Berjaya secara tergesa-gesa adalah kerana membalas jasa Vincent Tan.

Ini kerana menurutnya, Vincen Tan adalah tokoh yang banyak membiayai Barisan Nasional khususnya dalam pembelian wakil rakyat dan dana pilihan raya.

"Kita mengesyaki bahawa tindakan cepat dan tergesa-gesa kerajaan meluluskan lesen judi kepada Berjaya Group ini sebagai membalas budi.

"Ini jelas menunjukkan Umno terdesak mendapatkan dana dati tauke judi ini seperti mana kita didedahkan sebelum ini," tambahnya lagi.

Mengulas bantahan Pemuda PAS di seluruh negeri, beliau memberitahu lima lagi himpunan bantahan serupa akan berlangsung Jumaat, 28 Mei ini.

Himpunan tersebut akan di adakan di semua masjid negeri di Selangor, Melaka, Pahang dan Pelis.

Manakala kemuncak bantahan zon pantai timur akan diadakan di Kelantan pada tarikh yang sama.

Ianya akan dibuat di Masjid Kampung Repek, Bachok iaitu kampung halaman Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein yang membuat pengumuman meluluskan jesen judi tersebut baru-baru ini.

Kemuncak kepada bantahan itu, himpunan 100 ribu rakyat bantah judi akan diadakan di ibu negara 3 Julai ini bermula di Perkarangan Masjid Negara dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang Di Pertuan Agong.

Menjelaskan kenapa ianya diadakan agak lewat Nasruddin berkata, lesen yang diluluskan kepada Kumpulan Berjaya itu bukan hanya untuk Piala Dunia Jun ini, malah juga kepada Liga Inggeris, La Liga, Serie A Italy, Liga Jerman dan beberapa sukan lain.

Sime Darby: GLC Kita Hancur

Aku tak tahu nak mula dari mana bila bercakap pasal GLC kita yang satu ni. Yela bayangkan hampir keseluruhan industri di Malaysia ni bernaung di bawah nama Sime Darby mana la kita semua tak risau kalau apa-apa jadi pada Sime Darby.

Terbaru yang kita dengar tentang hampir RM 1 billion hilang itu bukannya nilai yang kecik!! Nilai banyak tu yang diumumkan , entah-entah lebih lagi dari tu.

Menurut laporan daripada bernama,kerugian ini berpunca daripada kelewatan dan kos berlebihan dalam beberapa projek yang memberi kesan negatif signifikan sebanyak RM964 juta dari projek di Qatar dan projek empangan hidro elektrik Bakun.

Di samping itu, OSK Research Sdn Bhd berkata punca bagi masalah Sime Darby adalah kerana syarikat itu adalah terlalu BESAR dan terlalu dipelbagai untuk diurus dan dikawal dengan betul.

Jadi, jika perkara seperti ini berlanjuta maka Sime Darby perlu dipecahkan mengikut unit-unit yang lebih strategik supaya ianya lebih mudah diuruskan.

Dulu siapa yang beria-ia sangat nak kan penyatuan di bawah Sime Darby ni?? tengok sekarang apa dah jadi.

Najib lebih baik kau jawab dan selesaikan masalah ni secepat mungkin!! atau kau yang memang terlibat secara langsung dalam pengambilan nilan RM1billion ni??

Ha kalau anda semua nak tahu, penggabungan ni tercetusnya pada zama residen UMNO yang ke-6 dahulu yang sekarang ni jadi mantan aje. Sebab dia lah Sime Darby ni kerugian sebanyak ni.

Tapi kita tidak boleh salahkan 100% pada dia, tengok juga cara pengurusan ekonomi yang Najib bawak. Secara tak langsung ada kena mengena dengan kerugian yang dialami Sime Darby ni. Well!! Najib baik kau jawab!!

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Letak Jawatan

Terkejut mendengar perkhabaran baik ini?? Sudah tentu perkara ini disampaikan secara terus kepada penulis oleh orang-orang UMNO sendiri.

Terjadinya perkara tergempar seperti ini adalah disebabkan oleh kegagalan Pengerusi Perhubungan UMNO itu sendiri mencapai apa yang dihajati oleh mereka iaitu niat jahat untuk merampas semula Selangor.

Pelbagai-bagai cara yang mereka gunakan untuk melemahkan Pakatan Rakyat tetapi tidak satu pun serangan mereka itu berhasil. Perletakkan jawatan ini dijangkakan akan diumumkan kelak oleh Dato Noh Omar yang kini amat menantikan peluang untuk menyandang jawatan pengerusi tersebut.

UMNO kini sudah menyerah kalah kerana tekanan yang dialami mereka pada PRK Hulu Selangor kali ini. Persediaan yang dilakukan leh UMNO amat hambar sekali sehinggakan tiada orang untuk mengurus bilik-bilik gerakkan mereka. Bukti kukuh dapat dilihat di lokasi Kuala Kubu Bharu yang mana hanya banner sahaja diletakkan tetapi tiada sebarang pergerakan serangan yang dilakukan oleh UMNO ini.

Menurut penduduk setempat, parti komponen BN iaitu UMNO tidak ingin bekerjasama membantu rakan parti mereka iaitu MIC ,kerana MIC dipilih sebagai calon BN pada PRK kali ini. Penulis juga difahamkan bahawa UMNO dengan sekeras-kerasnya membangkang tindakan Najib ini yang tidak mengambil iktibar daripada PRU 12 yang lalu lantas menyebabkan beliau terpaksa meletak jawatan.

Perbalahan yang tiada kesudahan oleh UMNO dan MIC.

1 Israel: Najib Salah Arahan Kepada Utusan

Utusan Malaysia hari ni, mengutuskan bahawa 1 Malaysia tak ada kaitan dengan 1 Israel.

Najib yang hatinya dipenuhi sampah kurap dari Rosmah mengarahkan Utusan Malaysia membidas kenyataan Anwar tentang 1 Malaysia diambil dari Istael dan bersekongkol dengan mereka. Najib juga yang kini setiap malam dihantui oleh roh Altantuya menyifatkan bahawa 1 Malaysia adalh ilham yang datang darinya sendiri melalui mimpi bersama roh Altantuya.

Najib berlagak seolah-olah 1 Malaysia yang di ilhamkannya itu tiada bersubahat dengan Ehud Barak. Tetapi kenyataan yang Najib lupa menyebabkan Utusan memalukan diri sendiri. Sebenarnya Ehud Barak telah melancarkan program 1 Israel sejak dari tahun 1991 semasa dia hendak bertanding merebut jawatan di dalam kerajaan ketika itu.

Utusan yang tidak ada otak ini mempercayai mitos dan dongeng Najib bahawa 1 Malaysa adalah yang pertama. Jadi oleh itu Najib dan Utusan diminta untuk menyemak semula laman web wikipedia tentang tahun penubuhan 1 Israel. Rakyat jangan tertipu dengan helah Najib ini, beliau sudah menjadi tidak keruan baru-baru ini kerana dia diganggu roh Altantuya yang tak tenteram.

Oleh itu keadaan UMNO-BN sekarang dilihat semakin tidak menentu arah mereka dengan kenyataan dan pimpinan Najib yang hampir gila ini. Saudara tidak percaya Najib dihantui Altantuya? lihat gambar ini:-

Keluar PKR Tanda Buta

Baru-baru ni negara kita digemparkan dengan pengumuman peletakan jawatan ahli-ahli PKR dan menyertai UMNO. Mereka meletakkan alasan untuk keluar parti adalah disebabkan pimpinan Anwar Ibrahim dan disebabkan isu penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam.

Di sini teserlah menunjukkan bahawa peletakkan jawatan ini terdapat unsur-unsur campur tangan dari UMNO-BN yang kemaruk kuasa dua per tiga di Parlimen. Budak-budak yang belum akil bligh pun tahu menilai politik di Malaysia ni, malu kalau seorang yang sudah baligh tidak mampu untuk berfikiran jauh.

Mari kita teliti satu per satu alasan yang tidak relevan yang diulaskan oleh mereka yang bertindak keluar parti.

Alasan pertamaialah isu Anwar Ibrahim yang gilakan takhta Perdana Menteri. Jadi bla di sebut tentang Anwar ni gila kuasa adakah ianya memberikan satu impak yang besar kepada kedudukan setiap pemimpin di dalam Pakatan Rakyat itu sendiri. Sebenarnya jika kita imbas kembali sejarah tentang Anwar Ibrahim semasa di tampuk pemerintahan dahulu, beliau sendiri sudah mencapai tahap sebagai timbalan Perdana Menteri pada zaman Mahathir dahulu. Sekiranya jika kita banding dari segi pengalaman dan urus tadbir beliau di kalangan pemimpin-pemimpin P.R sendiri, yang aling layak ialah Anwar Ibrahim.

Kebolehannya menarik pelabur-pelabur asing supaya melabur di negara kita ini memang tiada tolok bandingnya. Dari segi agamanya, beliau mampu mengulaskan dengan baik dan jelas kepada rakyat semua, tambahan lagi hubungang baiknya dengan tokoh ulama' dunia iaitu Dr.Syeikh Yusof Al Qardhawi. Tetapi sikap baik Anwar telah pun ditonjolkan dalam Pakatan Rakyat apabila PKR sudah kekurangan kerusi dari DAP dan beliau membuka laluan kepada Lim Kit Siang supaya menjadi Ketua Pembangkang namun Lim tetap memberikan mandat kepada Anwar Ibrahim.

Jadi mari kita lihat sendiri integriti yang dipegang oleh mereka yang keluar parti. Seharusnya mereka ini berpegang ada satu tali yang mana Pakatan Rakyat telah tetapkan. Jadi bagi mereka yang tidak setuju untuk Anwar Ibrahim sebagai pemimpin, sepatutnya mereka nilai kembali siapa yang lebih layak untuk memimpin. Pakatan Rakyat adalah senbuah entiti politik yang bersifat terbuka. Sesiapa sahaja boleh jadi pemimpin asalkan mereka mendapat suara majoriti dari semua.