Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Letak Jawatan

Terkejut mendengar perkhabaran baik ini?? Sudah tentu perkara ini disampaikan secara terus kepada penulis oleh orang-orang UMNO sendiri.

Terjadinya perkara tergempar seperti ini adalah disebabkan oleh kegagalan Pengerusi Perhubungan UMNO itu sendiri mencapai apa yang dihajati oleh mereka iaitu niat jahat untuk merampas semula Selangor.

Pelbagai-bagai cara yang mereka gunakan untuk melemahkan Pakatan Rakyat tetapi tidak satu pun serangan mereka itu berhasil. Perletakkan jawatan ini dijangkakan akan diumumkan kelak oleh Dato Noh Omar yang kini amat menantikan peluang untuk menyandang jawatan pengerusi tersebut.

UMNO kini sudah menyerah kalah kerana tekanan yang dialami mereka pada PRK Hulu Selangor kali ini. Persediaan yang dilakukan leh UMNO amat hambar sekali sehinggakan tiada orang untuk mengurus bilik-bilik gerakkan mereka. Bukti kukuh dapat dilihat di lokasi Kuala Kubu Bharu yang mana hanya banner sahaja diletakkan tetapi tiada sebarang pergerakan serangan yang dilakukan oleh UMNO ini.

Menurut penduduk setempat, parti komponen BN iaitu UMNO tidak ingin bekerjasama membantu rakan parti mereka iaitu MIC ,kerana MIC dipilih sebagai calon BN pada PRK kali ini. Penulis juga difahamkan bahawa UMNO dengan sekeras-kerasnya membangkang tindakan Najib ini yang tidak mengambil iktibar daripada PRU 12 yang lalu lantas menyebabkan beliau terpaksa meletak jawatan.

Perbalahan yang tiada kesudahan oleh UMNO dan MIC.